Wednesday 10 August 2016

amalan gotong-royong dapat mewujudkan-mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum

Bismillahhir rahmanir rahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan kerja keras kami, akhirnya, dapat jugak kami selesaikan tugasan yang telah diamanahkan oleh Puan Yusidawati, walaupun ini tugasan yang pertama dalam menjalankan tugas seperti ini. Hal ini kerana  dapat meningkatkan  ilmu pengetahuan kami dengan lebih teliti tentang amalan gotong-royong dapat mewujudkan-mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum

Akhir sekali, harap Puan dapat menilai hasil kerja kami dengan ikhlas dan adil





Definisi Gotong-Royong
 Gotong royong dapat diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat  dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan  pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat.



Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


        
Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.



Kebaikan Amalan Gotong-Royong
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan urbanisasi.


Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.

         Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal 





Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara